.jpg)
Allahyarham En.Fauzi Bin Ismail
Assalamulaikum, kepada semua rakan-rakan, pembaca dan lain-lain….. disini saya ingin mengucapkan takziah kepada Allahyarham pengetua SMKSED En.Fauzi Bin Ismail.
Beliau merupakan seorang tokoh yang dikagumi. Sifatnya yang berfikiran luas telah membawa perkembangan kepada warga SMKSED. Baginya, akademik amatlah diutamakan. kehadirannya merupakan titik permulaan baru buat para pelajar, guru-guru, staff dan lain-lain dibawahnya. Pada tahun 2003, maka bermulalah tugas beliau sebagai Pengetua ke-4 SMK. Seri Dungun. Berbagai perubahan yang telah beliau datangkan. Kerjasama dan kesepakatan warga SERI telah mendatangkan kerjayaan dari perbagai sudut akademik mahupun kokurikulum.
Teringat saya sewaktu beliau pertama kali memberikan kata-kata kepada pelajar SMKSED, pada waktu itu (2003) saya merupakan pelajar tingkatan 1. Sungguh bersemangat sekali ucapannya…. itulah pengalaman yang amat berharga. Saya pada waktu itu.. menumpukan perhatian…namun sekarang kita sudah lagi tidak dapat mendengar kata-kata azimat beliau.Terkenang saya kembali, mungkin rakan-rakan serta warga SMKSED yang ada pada waktu itu akan teringatkan kembali memori tersebut.
Pada hari pertama beliau menjejakkan kaki di SMKSED, beliau melawat setiap kelas di sekolah. Waktu itu, saya di kelas 1 Cekal, ahhh..masih lagi saya ingat, Cikgu Kartini sedang mengajar subjek Science dan beliau masuk kedalam kelas dan melihat, meninjau serta menegur pelajar didalam kelas 1 Maju. Saya dinaikkan kelas daripada kelas Cekal ke kelas Maju. Senyuman pengetua Allahyarham En.Fauzi sentiasa tersimpul dimukanya…………….
Saya menuntut di SMKSED pada tahun 2003 hingga 2007. Tingkatan 1-5. Seluruh tahun saya sempat bersamanya.Itulah pengalaman bersama sekolah menengah…… bersama Allahyarham.
Antara perubahan serta aktiviti yang beliau datangkan ialah :
- Lanskap ( Inilah yang jelas dan dapat dilihat )
- Akademik
- Kokurikulum
- Suasana sekolah
- Aktiviti (Larian Amal, Jualan Amal, Perkhemahan Perdana DLL)
- Bacaan Al-Quran 30Juzuk
- Solat Hajat
- Bacaan Yassin
- Sekolah Magnetik
- Kelas Tambahan
- Bendera Malaysia Terpanjang
- Perpustakaan Berhawa Dingin
- Perarakkan Tanglung (Merdeka 2007)
- Majlis sambutan
- Dan banyak lagi yang telah berjaya beliau berjaya laksanakan
Sepanjang sejarah, SMK Seri Dungun telah mempunyai 4 orang pengetua. Pengetua yang pertama ialah Dr.Zainal bin Chik. Beliau seterusnya diganti oleh Pn.Hajjah Hazizah bt. Mohd Salleh. Pengetua yang ketiga pula ialah Tn. Haji Sau Hamid bin SaGarlar. Sehinggalah tarikh 15 Mac 2003, SMK Seri Dungun diterajui oleh pengetua keempat iaitu En. Mohd Fauzi bin Ismail sehinggalah 2008.
Beliau banyak memberikan kata-kata yang banyak memberikan semangat kepada warga SMKSED. Antara kata-kata yang masih saya ingat ialah sewaktu saya di tingkatan 3 (Kelas 3 Gigih),
Berfikirlah ibarat BOM NUKLEAR. Sekiranya ianya manpu meletupkan LONDON……..
Kata-katanya buatkan kami berfikir…. Itulah kelebihan beliau. Memberikan inspirasi untuk berjaya…………..
Namun, pada 7-10-2008….. beliau telah kembali kepada PenciptaNya. Terkejut saya ketika dimaklumkan oleh rakan sekelas sekolah saya, Aizatul Akmal. Saya mendapat mesej pada jam 10:19 Malam… Sukar untuk saya percaya pada waktu itu. Maka saya membuat panggilan kepada saudari Aizatul untuk mengetahui lebih lanjut… dan berita itu memang benar.
Sebelum itu, saya dimaklumkan oleh seseorang bahawa arwah telah dimasukkan ke Hospital. Saya diberitahu oleh rakan-rakan sekolah yang lain, kira-kira jam 8.30 Malam manakala Akhbar Sinar Harian melaporkan Allahyarham mengadu sesak nafas lalu menghembuskan nafasnya terakhir kira-kira jam 9.40 malam di Hospital Pakar Pantai, Melaka…
Hilanglah seorang lagi tokoh yang amat di kagumi oleh semua mengenali beliau….“Kehadirannya ibarat sebutir bintang yang menyinari pada saat kita semua dalam kegelapan,"
Sayu dan pilu memikirkannya…. Marilah kita sedekah kat Ulmu-Kitab Al-Fatihah kepada arwah….. Semoga beliau ditempatkan bersama golongan bersama golongan beriman….
Daripada:
Anak Didik Mu
Pelajar 2003-2007 (SMKSED)
NOTA: Saya memohon maaf sekiranya posting saya membuatkan sesorang terasa atau apa-apa sahaja. Apa yang saya inginkan ialah coretan pengalaman saya bersama Arwah sentiasa kekal. Disini kita akan sentiasa mengingati beliau dan jasanya terus dikenang. Sekiranya ada tersilap dan terlanjur kata. Maafkanlah saya. Maklumkanlah saya sekiranya ada apa-apa masalah mahupun kemuskilan yang timbul….Semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat. Af-Fatihah…
